Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) Akan Beroperasi Secara Rasmi Pada Penghujung Julai

LocalTechnology
8 Jun 2026 • 6:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pejabat AI Kebangsaan, atau lebih dikenali sebagai NAIO nampaknya akan mula beroperasi sebagai sebuah institusi rasmi bermula 28 Julai 2026.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo yang mengatakan bahawa tidak lama lagi, NAIO akan diberikan kuasa untuk menyelia dan menyelaras pembangunan serta tadbir urus kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.

Image from: Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) Akan Beroperasi Secara Rasmi Pada Penghujung Julai

“NAIO akan menjadi institusi yang memberi tumpuan kepada dasar, tadbir urus dan pembangunan ekosistem AI, selain membantu melahirkan bakat serta individu yang mampu membangunkan teknologi AI bagi merealisasikan visi Malaysia sebagai Negara AI menjelang 2030.”

Pengumuman ini dibuat sewaktu acara pelancaran Pusat Data Digital Realty hari ini. NAIO kini beroperasi dibawah naungan syarikat MyDIGITAL Corporation sejak tahun 2024, dan dengan pengesahan sebagai entiti rasmi kerajaan, skop operasi badan tersebut akan dilanjutkan lagi, membolehkan mereka untuk membuat keputusan berkenaan agenda pendigitalan dan juga kecerdasan buatan kebangsaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved