SuperFile Jadi Penaja Hak Penamaan Rasmi Trackhouse MotoGP Team

TechnologySports
5 Jun 2026 • 3:42 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: SuperFile Jadi Penaja Hak Penamaan Rasmi Trackhouse MotoGP Team

Trackhouse MotoGP Team mengumumkan kerjasama strategik jangka panjang bersama syarikat teknologi keselamatan data dari Amerika Syarikat, SuperFile, yang kini menjadi penaja hak penamaan rasmi pasukan tersebut.

Menerusi perjanjian berbilang tahun itu, pasukan yang berpangkalan di Charlotte, North Carolina akan dikenali sebagai SuperFile Trackhouse MotoGP Team, sekali gus mengukuhkan hubungan yang mula terjalin antara kedua-dua pihak sejak musim 2026.

Kerjasama tersebut mula diperkenalkan kepada peminat MotoGP ketika Grand Prix Amerika Syarikat di Circuit of The Americas (COTA), sebelum livery penuh SuperFile dipertontonkan di Grand Prix Sepanyol di Jerez.

SuperFile merupakan syarikat teknologi yang memfokuskan kepada penyelesaian perkongsian fail digital yang lebih selamat, dengan ciri keselamatan seperti penyulitan data, kebolehkesanan fail dan kawalan akses yang lebih menyeluruh.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SuperFile, Shane Valdez, kerjasama ini bukan sekadar tajaan biasa, sebaliknya peluang untuk membina sesuatu yang lebih besar bersama organisasi yang berkongsi visi dan semangat inovasi yang sama.

Pemilik Trackhouse MotoGP Team, Justin Marks pula menyifatkan perjanjian tersebut sebagai detik penting buat pasukan yang memasuki musim ketiga mereka dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.

Image from: SuperFile Jadi Penaja Hak Penamaan Rasmi Trackhouse MotoGP Team

Trackhouse kini mempertaruhkan Raul Fernandez dan Ai Ogura dengan jentera Aprilia RS-GP26, selain menjadi satu-satunya pasukan Amerika Syarikat yang bersaing dalam MotoGP.

Livery penuh SuperFile akan digunakan pada Grand Prix Hungary serta kebanyakan pusingan MotoGP musim 2026, kecuali di Indonesia dan Malaysia yang masih menampilkan kerjasama bersama Gulf.

The post SuperFile Jadi Penaja Hak Penamaan Rasmi Trackhouse MotoGP Team appeared first on TW Media.

View Original Article