Pejabat Perdana Menteri: PM tidak perakui mana-mana pihak tubuh parti baharu

Politics
9 Oct 2023 • 6:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

Menerusi kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pihaknya memandang serius terhadap tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahguna nama Perdana Menteri bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri.

“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan.

“Sehubungan itu, pihak Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.-Bernama