PM Tidak Perakui Mana-Mana Pihak Tubuh Parti Baharu – Pejabat Perdana Menteri

Politics
9 Oct 2023 • 6:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PM Tidak Perakui Mana-Mana Pihak Tubuh Parti Baharu – Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Pejabat Perdana Menteri menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

Menerusi kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pihaknya memandang serius terhadap tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahguna nama Perdana Menteri bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri.

“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan.

“Sehubungan itu, pihak Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved