Pejabat sekolah di SMAP Kajang terbakar

10 Jul 2025 • 11:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi pemadaman kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.58 pagi.

KAJANG – Unit pejabat di tingkat dua bangunan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang musnah dalam satu kejadian kebakaran awal pagi Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden terbabit pada jam 1.18 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dibantu BBP Bangi dengan kekuatan keseluruhan seramai 16 anggota kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan bangunan sekolah tiga tingkat yang mempunyai anggaran keluasan 30x1000 kaki persegi.

"Kebakaran berlaku di tingkat dua membabitkan sebuah bilik pejabat seluas 30x30 kaki persegi yang terbakar hampir 95 peratus," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Kerja-kerja pemadaman dan kawalan api dilakukan menggunakan jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari kedua-dua balai.

"Operasi pemadaman kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.58 pagi," katanya.

Jelas beliau, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved