Dua Bilik Guru SMK Dang Anum Musnah Dalam Kebakaran

3 Jul 2025 • 9:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Bilik Guru SMK Dang Anum Musnah Dalam Kebakaran

JASIN — Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau Melaka melibatkan dua buah bilik guru yang musnah pada awal pagi tadi, lapor Astro AWANI.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Sukur Md Ali, beliau mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku sekitar jam 5.30 pagi tadi.

Tambah Mohd Sukur, pihaknya menerima maklumat panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 5.36 pagi sebelum jentera pertama dikerahkan ke lokasi dua minit kemudian.

“Apabila Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan dua bilik guru di tingkat satu bangunan sekolah.

“Kebakaran melibatkan keluasan kira-kira 80 x 60 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 70 peratus,”jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, seramai 19 anggota dari empat balai dari BBP Merlimau, BBP Jasin, BBP Padang Temu dan BBP Bukit Katil terlibat dalam operasi ini.

Sehingga jam 7 pagi tadi, operasi pemadaman masih lagi dijalankan dan punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki serta tiga pancutan air dari pili bomba.

Sumber: Astro AWANI