Pejabat Shah Rukh Khan Dipenuhi 300 Piala Sepanjang Bergelar Anak Seni

21 Aug 2024 • 7:13 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Hampir empat dekad bergelar anak seni, Shah Rukh Khan bukan hanya terkenal di India bahkan mengukuhkan reputasi cemerlang sehingga ke arena antarabangsa.

Bintang Bollywood itu mengakui, seiring peningkatan usia dia gemar menghadiri majlis yang membolehkannya membina jaringan komunikasi dengan teman seperjuangan.

Bahkan katanya, pada masa sama dia bersyukur masih dijemput ke acara anugerah selain diberikan penghormatan untuk menerima trofi.

300 trofi 


Menurut pelakon Pathaan itu, sehingga ke hari ini dia telah meraih lebih 300 trofi yang disimpan di bangunan pejabatnya di Mumbai.

“Boleh dikatakan semua aras bangunan pejabat saya yang mempunyai sembilan aras dihiasi trofi kemenangan saya dalam pelbagai anugerah,” katanya.


Antara trofi tersebut adalah 14  Filmfare Awards. Shah Rukh, penghormatan tertinggi kerajaan India, Padma Shri (2005), Order of Arts and Letters and Legion of Honour Dari kerajaan Perancis (2007 dan 2014), serta trofi Malaysia’s Brand Laureate Legendary Award (2012).