Pejabat SPRM Perlis ditutup sementara kerana banjir

LocalPolitics
25 Nov 2025 • 12:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pejabat SPRM Perlis yang beroperasi di Bangunan Persekutuan Kangar ditutup sementara akibat banjir. - Foto SPRM

SHAH ALAM - Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis ditutup sementara pada Selasa susulan banjir yang melanda negeri berkenaan.

SPRM dalam kenyataan berkata, penutupan sementara itu dibuat berikutan laluan yang menghubungkan pejabat berkenaan telah dinaiki air dan tidak dapat dilalui.

"Buat masa ini, tiada jangkaan bila tarikh Pejabat SPRM Negeri Perlis akan dibuka semula, namun ia bergantung kepada situasi semasa keadaan banjir di negeri berkenaan.

"Bagaimanapun, sebarang aduan rasuah atau rujukan boleh dibuat secara terus menerusi saluran rasmi SPRM seperti di Portal SPRM di alamat www.sprm.gov.my, atau menerusi Portal Aduan Rasuah SPRM di alamat www.portaladuan.sprm.gov.my serta di talian bebas tol 1800-88-6000 dan aplikasi MACC Mobile," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved