Pejuang harap bertanding satu, dua kerusi PRN Melaka

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 6:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pejuang harap bertanding satu, dua kerusi PRN Melaka

IPOH: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengintai potensi untuk sekurang-kurangnya bertanding satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama parti-parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dan menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan akhir.

“Insya-Allah kita harap akan mencapai persetujuan dalam kalangan parti-parti yang lain untuk Pejuang pun turut menawarkan calon. Tetapi mungkin tidak banyak.

“Sasaran dua atau tiga kerusi pun sudah cukup. Kalau kita dapat satu atau dua kita okey sahaja,” katanya selepas menghadiri Persidangan Tahunan Pejuang Negeri Perak 2026 di sini hari ini.

Kata Mukhriz, apa jua keputusan tidak akan membantutkan niat Pejuang untuk membantu gabungan tersebut dalam PRN Melaka.

Kata bekas Menteri Besar Kedah itu, Pejuang bersama rakan parti yang lain akan tetap bertanding dalam PRN Melaka tidak kira apa juga kesudahan berkenaan status PN yang kini di peringkat mahkamah.

Mengenai kekuatan Pejuang apabila menyertai gabungan bersama Pas dan lain-lain, anak Tun Dr. Mahathir Mohamad itu berkata, hasrat tersebut memang menjadi ketetapan partinya.

“Kita tahu bahawa kita tidak boleh bergerak solo. Jadi kita mesti menjadi salah satu anggota parti dalam gabungan. Dalam banyak-banyak gabungan yang ada, kita memang sangat mesra dengan PN.

“Kerjasama pertama berlangsung dalam PRN Johor yang menyaksikan kita juga menawarkan calon. Di Negeri Sembilan kita bergerak bersama dengan rakan-rakan PN walaupun kita sendiri tidak tanding. Harap di Melaka pun akan ada kerjasama,” katanya. – UTUSAN

The post Pejuang harap bertanding satu, dua kerusi PRN Melaka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved