PRN Melaka: BN umum calon, kerjasama pada 28 Oktober

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 11:29 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: BN umum calon, kerjasama pada 28 Oktober

MELAKA: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon serta gabungan parti yang akan bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 28 Oktober ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengumuman berkenaan akan dibuat pada tarikh tersebut iaitu tiga hari sebelum penamaan calon manakala lokasi pengumuman akan dimaklumkan kemudian.

“Kami akan umumkan pada 28 hari bulan. Tempatnya nanti saya beritahu. Gabungan dengan semuanya akan dimaklumkan pada 28 hari bulan. Antara kejutannya, biarlah kita sebut kejutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Tangga Batu di Command Center P.136 di Bandar Baru Sungai Udang di sini malam semalam.

Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, BN akan mengekalkan sasaran mempertahankan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada PRN Melaka pada 2021, selain berusaha mendapatkan sebanyak mungkin kerusi tambahan pada pilihan raya kali ini.

“Kami kekal 21 dan kami sasarkan sebaik mungkin, mana yang boleh kami menang, insya-Allah,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan BN bertanding di lebih banyak kerusi menerusi kerjasama dengan parti lain beliau meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi yang akan dibuat pada 28 Oktober itu.

Katanya, butiran mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi BN serta bentuk kerjasama dengan parti lain tidak akan didedahkan buat masa ini kerana perkara berkenaan akan diumumkan kemudian.

Dalam perkembangan sama, Ab Rauf berkata, pelancaran jentera pilihan raya di Tangga Batu itu menjadi langkah awal bagi menggerakkan persiapan parti di peringkat kawasan menjelang hari penamaan calon pada 31 Oktober ini.

Menurutnya, semua jentera perlu digerakkan lebih awal bagi memastikan gerak kerja pilihan raya dapat dilaksanakan secara tersusun, terancang dan lancar sebelum hari pengundian pada 14 November depan.
//habis

The post PRN Melaka: BN umum calon, kerjasama pada 28 Oktober appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved