Peka cuaca, ambil insurans sebelum ke Thailand

4 Oct 2026 • 3:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peka cuaca, ambil insurans sebelum ke Thailand

SONGKHLA, Thailand – Rakyat Malaysia yang mahu ke Thailand khususnya sepanjang musim hujan dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca selain mengambil perlindungan insurans perjalanan mencukupi.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, persediaan awal penting memandangkan keadaan cuaca kini semakin sukar dijangka dan boleh berubah dalam tempoh singkat.

“Kalau sudah nampak tanda-tanda berbahaya seperti paras air Sungai Golok contohnya, meningkat ke tahap membimbangkan, rakyat Malaysia kena tahu bahawa mereka tidak sepatutnya meneruskan perjalanan ke kawasan tersebut.

“Jangan anggap keadaan masih selamat. Kalau sudah ada amaran, nasihat saya tangguhkan dahulu perjalanan,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Persatuan Wartawan Perlis di pejabatnya, baru-baru ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia perlu mendapatkan maklumat terkini mengenai destinasi yang ingin dikunjungi sebelum memulakan perjalanan terutama sekiranya terdapat laporan hujan lebat atau risiko banjir.

Katanya, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla juga akan lebih kerap menyalurkan amaran serta maklumat cuaca yang dikeluarkan pihak berkuasa Thailand menerusi platform rasmi konsulat.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil insurans perjalanan yang bukan sahaja melindungi kos rawatan hospital, malah merangkumi liabiliti dan pampasan sekiranya terbabit dalam kemalangan. – KOSMO! ONLINE

The post Peka cuaca, ambil insurans sebelum ke Thailand appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved