Pekan Kajang Dilanda Banjir

8 May 2024 • 9:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Beberapa kawasan di Pekan Kajang dan kawasan sekitarnya dilanda banjir kilat petang tadi selepas hujan lebat bermula jam 4 petang tadi sehingga ke 8 malam.

Melalui beberapa rakaman orang awam, kelihatan berpuluh-puluh kenderaan tersekat dalam air banjir manakala kenderaan lain tidak dapat melalui kawasan berkenaan.

Menurut seorang daripada perakam, longkang tersumbat di beberapa kawasan menyebabkan laluan di tengah Pekan Kajang dinaiki air, manakala satu lagi rakaman menunjukkan sungai berdekatan juga melimpah.

Antara kawasan dinaiki air termasuk Jalan Raja Haroun, Jalan Sri Jelok menghala ke Penjara Kajang dan Kampung Sungai Kantan. – Getaran, 8 Mei 2024

@getaranmy Hari ini kajang pula dilanda banjir kilat. Hati-hati semua. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved