Pekebun Dakwa Keropok Beracun Dah Diikat Ketat & Digantung Tinggi – “Tak Mungkin Dua Mangsa Dapat Ambil”

11 Jul 2024 • 12:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, berita mengenai kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia selepas tidak sengaja makan keropok mengandungi racun tikus yang digunakan untuk memerangkap haiwan liar di Kampung Padang Ubi telah meraih perhatian satu Malaysia.

Letak ditempat tinggi, sudah diikat ketat

Terbaru, melalui penjelasan pekebun yang mahu dikenali sebagai Am, 35, dia mendakwa keropok yang mengandungi racun tikus itu digantung pada ketinggian lebih 1.2 meter serta diikat ketat menggunakan tali tangsi, di mana susah untuk kanak-kanak kecil mengambilnya.

image is not available

Malah, pekebun itu turut dimaklumkan oleh adiknya bahawa jajanan yang dicampur dengan racun itu tidak digantung pada pagar berdekat jalan, sebaliknya diletak di kawasan laluan monyet berhampiran hutan.

‘Tak mungkin kanak-kanak boleh capai’

Tidak mungkin dua mangsa itu dapat mengambil makanan ringan tersebut yang diikat pada pagar kebun. Hanya terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada orang dewasa mengambilnya atau monyet ambil dan terjatuh di mana-mana.

image is not available

Kata Am lagi, ia merupakan amalan biasa buat pekebun menggunakan racun tidak berdaftar kerana dijual di kedai-kedai di Kulim, selain turut dijual di atas talian.

Dalam pada itu, Am berkata dia merupakan individu yang membawa arwah dan adiknya ke Klinik Kesihatan Malau bagi mendapatkan pertolongan.

image is not available 2 days ago

Kanak-Kanak 3 Tahun Makan Keropok Beracun Dilaporkan Meninggal Dunia Hari Ini