Pekebun kontrak warga Indonesia maut dalam pergaduhan

1 Jun 2024 • 9:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

KUANTAN: Pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tepi jalan di Tringkap, Cameron Highlands pada Khamis malam tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, seorang pekebun kontrak lelaki berumur 50 tahun yang memakai baju berwarna hitam serta seluar jean pendek ditemui orang awam dalam keadaan terbaring berlumuran darah manakala rakannya ditemui cedera parah kira-kira 500 meter daripada mayat mangsa.

“Berdasarkan siasatan dengan saksi, kita berjaya mengenal pasti suspek dan kini sedang mengesan suspek berumur dalam lingkungan 30-an itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq yang terbunuh dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, pada 17 Mei lepas di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Yahaya berkata rakan mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau berkata sumbangan yang disampaikan hari ini bersama dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) adalah bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.