Pekerja Bangladesh jalan kaki pandang gerai, peniaga air soya panggil belanja minum

7 Nov 2024 • 10:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Pekerja Bangladesh jalan kaki

Tindakan peniaga air soya membelanja pekerja Bangladesh jalan kaki pandang gerainya telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing terharu dengan kebaikkan yang ditunjukkan.

Menerusi video yang dikongsi peniaga air soya dikenali sebagai mamusoya di TikTok, dia telah membelanja air soya yang dijual kepada tiga orang pekerja warga Bangladesh yang berjalan di hadapan gerainya.

Pekerja Bangladesh jalan kaki, mungkin sedang lakukan kerja2 pembersihan

Dalam video tersebut dapat dilihat yang mereka seakan baru sahaja selesai melakukan kerja-kerja pembersihan memandangkan ada di antara mereka membawa mesin rumput dan juga penyapu.

Mereka yang pada awalnya sedikit terkejut menerima dengan hati terbuka air soya yang disedekah pengguna TikTok bagi membasahkan tekak.

image is not available

Pekerja Bangladesh jalan kaki depan gerai dapat minuman free

Menrusi perbualan yang dikongsi, pekerja salah seorang pekerja Bangladesh berkenaan baru beberapa bulan berada di Malaysia memandangkan belum mampu bertutur dalam Bahasa Melayu.

Disebabkan itu, rakannya yang sudah 5 tahun bekerja di negara ini membantu menjawab beberapa pertanyaan daripada mamusoya menggunakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris.

image is not available

Terima kasih bang sudi berbagi dengan warga asing

Menjengah ke ruangan komen, ramai meninggalkan maklum balas positif berhubung tindakan mulia yang dilakukan peniaga air soya berkenaan kerana memberi sedekah mereka yang sedang bekerja.

Rata-rata mereka mendoakan supaya pengguna TikTok tersebut dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan memandangkan tidak lokek dalam berkongsi kepada orang lain.

image is not available

Mesti abang rasa puas dapat bagi orang minum

image is not available

Tak akan miskin orang yang bersedekah

image is not available

Semoga rezeki peniaga air soya tersebut semakin murah dan perniagaannya juga terus berjalan dengan lancar.

Sumber: TikTok mamusoya

View Original Article