Pekerja farmasi digigit ular sawa dalam tandas

23 Nov 2025 • 6:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ular sawa sepanjang dua meter yang ditemui di dalam tandas sebuah farmasi di Setia Alam pada Ahad.
image is not available
Pekerja sebuah farmasi menerima rawatan lanjut selepas digigit ular sawa di tandas premis tersebut di Setia Alam pada Ahad.

SHAH ALAM – Seorang pekerja wanita melalui detik mencemaskan apabila kakinya digigit seekor ular sawa ketika menggunakan tandas di sebuah farmasi di Setia Alam di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.46 petang.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong terus digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 16 kilometer dari balai,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

**media[3349301]**

Menurut beliau, setibanya pasukan bomba pada 4.04 petang, mereka mendapati mangsa seorang wanita berusia 23 tahun, telah digigit ular berkenaan ketika berada di dalam tandas premis tersebut.

"Anggota bomba berjaya melepaskan gigitan ular di kaki mangsa. Wanita itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan  untuk rawatan selanjutnya.

"Ular sawa sepanjang dua meter itu pula dilepaskan di tempat yang selamat," katanya.