Pekerja kafe lemas di Hutan Lipur Chamang

30 Sep 2026 • 6:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pekerja kafe lemas di Hutan Lipur Chamang
Anggota bomba membuat pemantauan di lokasi selepas mangsa berjaya ditemui. - FOTO: JBPM Pahang
Image from: Pekerja kafe lemas di Hutan Lipur Chamang
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - FOTO: JBPM Pahang

KUANTAN - Kegembiraan 14 rakan beriadah di Hutan Lipur Chamang, Bentong bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa, Mohd Aiman Nazmi Mohd Yusuf, 29, ditemui kakitangan jabatan perhutanan kira-kira 20 meter dari tempat mangsa dilaporkan tenggelam.

Menurutnya, mangsa telah dinaikkan sebelum ketibaan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

**media[3662931]**

"Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 1.29 tengah hari dan tiba di lokasi yang berada kira-kira 15 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bentong kira-kira 40 minit kemudian.

"Selepas tiba di lokasi, anggota terlibat segera membuat pemantauan dan mendapat pengesahan pihak kesihatan, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mohd Salahuddin berkata, komander operasi melaporkan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima, mangsa merupakan pekerja kafe di sebuah stesen minyak di Sungai Besi datang ke lokasi air terjun itu bersama 13 rakan lain termasuk lima wanita.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved