Pekerja kilang ais Sandakan mati kena amonia bocor

10 Nov 2023 • 7:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Seorang pekerja kilang ais di Batu Tiga meninggal dunia manakala 17 yang lain cedera dalam insiden kebocoran gas amonia pada Jumaat.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati pada masa kejadian seorang mekanik dibantu oleh tujuh orang pekerja lain sedang membuat penyelanggaraan mesin pemotong ais.

Semasa menjalankan kerja-kerja penyelengaraan, sebatang paip sistem penyejukan telah bocor dan menyebabkan gas amonia menyembur keluar.

Seorang pekerja lelaki tempatan berumur 40 tahun yang berada berhampiran paip yang bocor telah terkena gas ammonia dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.