Pekerja Kilang Didakwa Bunuh Ibu Kandung

11 Feb 2026 • 4:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

ALOR SETAR - Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya yang juga seorang eksekutif bank, awal bulan ini.

Amirul Shafiq Shamshul Zahari, 29, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Zahrullail Basir, 52, di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, di sini antara 3.15 pagi hingga 8 pagi 2 Februari.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan forensik.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fatin Azera Norhisham manakala Amirul Shafiq tidak diwakili peguam.

Pada 2 Februari, polis menerima panggilan berhubung pembunuhan itu daripada seorang lagi anak wanita tersebut pada 8.45 pagi sebelum suspek, anak sulung mangsa ditahan 8.34 malam hari sama semasa dalam perjalanan ke Selangor dengan menaiki bas. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved