Pekerja kilang didakwa rogol remaja dikenali melalui media sosial

LocalPolitics
14 Mar 2025 • 8:24 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang pekerja kilang berusia 20 tahun yang berkawan dengan seorang pelajar bawah umur melalui media sosial, didakwa merogol pelajar terbabit.

Fransiskus Xaferius Agusto meminta dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, terhadap pertuduhan dihadapinya pada Khamis.

Fransiskus didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun dan 11 bulan itu jam 11 pagi pada 1 Sept 2024 di dalam bilik sebuah hotel di Tuaran.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 15 April tahun ini untuk sebutan dan menawarkan jaminan RM6,000 dengan dua penjamin tempatan kepada Fransiskus sementara menunggu kesnya selesai.

Fransiskus juga diperintahkan melaporkan diri di balai polis sebulan dan pasportnya disimpan oleh mahkamah.

Terdahulu, peguam Bartholomew Jinggulam yang mewakili Fransiskus, meminta jaminan dibenarkan dengan mengatakan Fransiskus tidak mempunyai hubungan dengan mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah mengendalikan pendakwaan.