Hanya Salah Faham, Penang Chendul Perjelas Isu Pelanggan & Staf Bertengkar

Entertainment
4 Mar 2025 • 10:15 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memperlihatkan dua orang pekerja kedai makan tempatan ternama dan seorang lelaki yang dipercayai pelanggan kedai tersebut sedang bertengkar.

Menerusi video yang dirakam ketika perbalahan sedang berlaku, didakwa puncanya disebabkan lelaki itu tidak mahu berbahasa Melayu.

image is not available

Penjelasan Penang Chendul

Susulan video terbabit mengundang pelbagai reaksi netizen, pihak Penang Chendul tampil memberikan penjelasan.

Menurut Penang Chendul dalam satu kenyataan, isu terjadi kerana berlaku salah faham dan kedua-dua pihak dalam video terbabit telah pun memohon maaf.

“Sebelum kejadian itu mendapat perhatian umum, kedua-dua pelanggan dan kakitangan kami telah saling memohon maaf dan pada masa sama, kami juga melihat perkara itu dengan teliti.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak pengurusan kami telah menyemak rakaman CCTV untuk mendapatkan pemahaman yang lebih adil tentang situasi ini.”

Penang Chendul juga memohon maaf atas insiden yang berlaku dan pihaknya kekal komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan persekitaran harmoni untuk semua pelanggannya.

Sementara itu, memetik sumber WORLD OF BUZZ, wakil Penang Chendul menjelaskan pelanggan dalam video tersebut sedang bertanya tentang satu bahan yang tidak ada iaitu bunga kantan dalam Asam Laksa yang dipesannya sehingga menyebabkan berlaku perbalahan seperti dalam video tular terbabit.

Ketika itu, seorang pelanggan lain turut masuk campur untuk membantu menterjemah antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Setelah itu, pelanggan tersebut meminta untuk menukar menu Asam Laksa kepada White Curry Mee dan pekerja kedai terbabit pun bersetuju. Lalu, kedua-duanya saling meminta maaf dan isu tersebut selesai.

Sumber: Facebook, WOB

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.