Pekerja kontrak maut motosikal terhumban ke dalam parit

30 Dec 2022 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUALA PENYU: Seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun maut dalam kemalangan di Kampung Sinapokan di km 45 Jalan Beaufort Menumbok pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Yussof Zaki Yaacob pada Khamis mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 5 petang, membabitkan motosikal jenis Yamaha.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Primus Raimin, dari Kg Sualok di Telupid dan bekerja sebagai pekerja kontrak dengan sebuah syarikat swasta.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terhumban ke dalam parit konkrit.

“Akibat daripada impak itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Hasil siasatan, tambahnya, turut mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian sendiri dan tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.

Kes itu, bagaimanapun, masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.