
PEKAN – Hasrat seorang pekerja ladang untuk menyertai Himpunan RXZ 7.0 di Terengganu berakhir tragedi selepas terbabit kemalangan di Kilometer 21, Jalan Pekan-Nenasi, Rompin awal pagi tadi.
Mangsa berusia 26 tahun dilaporkan putus kaki kiri, cedera di bahagian perut serta patah ibu jari kaki kanan dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi.
Motosikal terbabas
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dari arah Kahang Timur, Kluang, Johor menuju ke Terengganu.
“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa terbabas sebelum jatuh di atas jalan. Mangsa yang terjatuh kemudian digilis tayar belakang sebuah lori yang tidak dapat dikenal pasti jenisnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dibawa ke hospital
Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – The Malaysian Update
The post Pekerja Ladang Putus Kaki Dalam Perjalanan Ke Himpunan RXZ appeared first on The Malaysian Update.



