
SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing berumur 43 tahun ditemui mati, dipercayai ditetak, di sebuah ladang kelapa sawit di Segaliud, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Ramasamy A/L Kuppan berkata mangsa ditemui kira-kira jam 6 pagi di belakang rumah kongsi pekerja pada 11 Julai lalu.
Katanya, pihak polis telah membuat siasatan dan mendapati mayat tersebut adalah seorang lelaki warga asing yang dibunuh dengan kesan tetakan di bahagian belakang kepala dan leher.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan hanya disedari oleh pekerja ladang pada awal pagi 11 Julai.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Siasatan awal mendapati pada malam 10 Julai, mangsa yang merupakan pekerja ladang sawit bersebelahan, telah datang ke rumah kawannya di tempat kejadian untuk sesi minum.
“Dipercayai semasa mangsa minum bersama rakan-rakannya, mangsa ditetak oleh salah seorangnya dengan mengunakan senjata tajam,” katanya dalam kenyataan kepada media, pada Sabtu.
Sejurus kejadian, suspek yang juga seorang lelaki warga asing melarikan diri.
Ramasamy berkata usaha sedang giat dilaksanakan oleh pihak polis untuk mengesan dan menangkap suspek.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
