Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

14 Jul 2024 • 8:20 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

SANDAKAN – Seorang pekerja ladang warga asing ditemukan maut dipercayai dibunuh di belakang rumah kongsi pekerja ladang sawit di Segaliud di sini Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan K. Ramasamy berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai pada 6 pagi oleh pekerja ladang dan pemeriksaan menemukan kesan tetak pada bahagian belakang kepala serta leher.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dari ladang bersebelahan datang ke rumah kongsi rakannya pada Rabu malam untuk minum. Semasa minum bersama rakan-rakan, mangsa dipercayai ditetak oleh seorang daripada rakannya itu.

"Sejurus kejadian berlaku, suspek yang juga seorang lelaki warga asing telah melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ramasamy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved