Pekerja maut selepas berendam dalam sungai di Sarawak

8 May 2023 • 11:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Seorang pekerja Sarawak Energy maut selepas berendam dalam sungai dipercayai ketika tubuhnya masih dalam kepanasan, petang semalam.

Ketua Polis Sibu, Zulkipli Suhaili, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 3.15 petang yang mengatakan seorang lelaki pengsan di dalam hutan Jalan Paradom/Tanjung Genting Bintangor.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 52 tahun bersama-sama beberapa orang rakan sekerjanya bertugas menyelenggara pencawang elektrik di kawasan kejadian.

“Menurut saksi, ketika kejadian cuaca panas terik dan mangsa masuk berendam ke dalam sungai berhampiran pencawang elektrik berkenaan.

SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more “Apabila keluar dari sungai, mangsa mengadu seakan-akan mahu pitam dan terus pengsan,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.

Zulkipli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada 4.59 petang oleh paramedik dari Hospital Sibu.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.