
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) didenda RM35,000 kerana gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya ketika bekerja sehingga menyebabkan kematian akibat renjatan.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus memerintahkan SESB membayar denda itu selepas memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes itu di luar keraguan munasabah terhadap SESB.
SESB membayar denda tersebut.
SESB didapati bersalah kerana gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Jacklye Mairin, 32, ketika dia sedang melakukan penyelenggaraan menukar pin penebat pada suatu talian voltan tinggi, menyebabkan kemalangan ke atasnya di tiang elektrik berkembar tidak bernombor milik SESB.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Kesalahan itu didakwa berlaku di Kg Langkon, Kota Marudu pada jam 10.32 pagi 18 Julai 2019.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, mahkamah membebaskan juruteknik SESB daripada pertuduhan gagal memberikan perhatian munasabah kepada keselamatan dan kesihatan mangsa yang sama.
Safly Ahmad dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan kesalahan yang didakwa dilakukan di tempat dan masa yang sama dengan SESB.
Safly, 44, didakwa mengikut Seksyen 24(1)(a) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Pegawai Pendakwa Muhammad Fadzli Masnan dan Nasir Fi’i mengendalikan pendakwaan, sementara peguam Rizwandean M. Borhan mewakili SESB dan peguam Safrin Salleh bagi Safly.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
