
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat China didenda RM30,000 atau 60 hari penjara jika gagal membayar denda itu kerana gagal memastikan keselamatan di tapak projeknya yang mengakibatkan insiden maut seorang pekerja.
Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim memerintahkan China Railway Engineering Corporation (Sabah) Sdn Bhd membayar denda itu selepas pegawai keselamatan dan kesihatannya mengaku bersalah.
Syarikat itu gagal memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja kerana syarikat terbabit tidak memasang peralatan elektrik selamat yang menyebabkan kemalangan maut kepada Sisal Ramlie, 30.
Kesalahan itu berlaku antara jam 7.30 malam dan 8 malam pada 28 April tahun lalu di tingkat lima sebuah bilik berhampiran lif lobi projek tapak Kondominium Bertingkat Tinggi di Jalan Bundusan, Penampang.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, dua kontraktor kecil syarikat itu didenda RM8,000 setiap seorang kerana gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Sisal dengan tidak memasang peralatan elektrik selamat (kabel sambungan lampu) di tempat dan masa sama.
Kontraktor kecil tersebut ialah IIS Controls Sdn Bhd dan Fiberlink Solutions Sdn Bhd yang diwakili oleh pengarahnya. Mereka mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.
Semasa mitigasi, mereka merayu hukuman ringan kerana ia merupakan kesalahan pertama syarikat mereka.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Elisa Eligius Samuel dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan sebagai amaran kepada bakal pesalah lain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

