
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditikam ketika sedang bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an dipercayai ditikam suspek yang tidak dikenali.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.
“Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Laporan polis berhubung kejadian itu diterima pada pukul 1.30 tengah hari tadi yang dibuat oleh rakan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.
“Usaha mengesan suspek yang terlibat masih dijalankan dan siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Pekerja pasar cedera ditikam appeared first on Kosmo Online.






