Pengawal keselamatan Nepal disiasat hina Islam

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 7:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengawal keselamatan Nepal disiasat hina Islam

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang didakwa memuat naik kandungan menghina agama Islam dan Malaysia di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat oleh majikan lelaki berkenaan di Balai Polis Jinjang pada 31 Ogos lalu.

Menurut beliau, pihak syarikat keselamatan terbabit mengambil tindakan segera selepas mendapat maklumat mengenai hantaran berkenaan.

“Pengawal keselamatan terbabit turut dibawa ke Balai Polis Jinjang dan keterangannya sudah diambil.

“Kami kini menunggu perintah penyiasatan (OTI) bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tindakan lelaki berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai selepas dia didakwa berterusan menyebarkan video di laman sosial yang menyentuh isu agama Islam dan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Pengawal keselamatan Nepal disiasat hina Islam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved