Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan individu sering menjadikan taman awam sebagai lokasi untuk merakam gambar kenang-kenangan.
Malah, ada yang sanggup membawa barang atau props tambahan demi mendapatkan hasil yang terbaik.
Mungkin nampak biasa namun penggunaan props sehingga meninggalkan sisanya di lokasi penggambaran sebenarnya boleh menyusahkan orang lain.
Wanita Beri Peringatan Kepada Pengunjung, Bersihkan Sendiri Sisa Barang Selepas Guna Di Taman Awam
Semalam (20 September), tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang meminta pengunjung Taman Saujana Hijau, Putrajaya untuk mengemas kembali sisa barangan yang telah digunakan sekiranya melakukan aktiviti penggambaran.
Perkara itu dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Qalisha dalam satu hantaran di Threads @qalishaanishii.
“Kepada yang datang Taman Saujana Hijau (untuk) ambil gambar konvo, pre-wedding, outdoor wedding, picnic etc tu please la ada common sense.
“Faham nak ambil gambar ada props atau nak tabur-tabur benda kasi (bagi) gambar cantik tapi bersihkanlah sendiri selepas dah buat kotor tu, kutip balik sampah tu balik,” tulisnya.
Wanita Dakwa Pekerja Pembersihan Ambil Masa Lebih Satu Jam Kutip Sisa Props Confetti Yang Melekat Pada Laluan
Ini kerana jelas Qalisha, pekerja pembersihan di taman awam tersebut mengambil masa yang lama semata-mata mahu mengutip sampah berkenaan.
“Kesian tau brader (pekerja pembersihan) ni duk kutip one by one. Aku dari start briskwalk sampai habis satu loop dan siap naik bukit lagi, aku nampak dia ni duk kutip benda ni. Benda ni macam melekat sikit dekat atas simen tu so memang kena kutip guna tangan,” katanya.
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat pekerja pembersihan berkenaan mengutip satu per satu sampah bersaiz kecil itu menggunakan tangannya.
Kongsi Qalisha kepada BuzzKini, dia telah memulakan senaman sejak pukul 8.30 pagi dan melihat pekerja itu masih mengutip sisa confetti (kertas warna warni) berkenaan yang melekat di atas simen selama lebih satu jam.
“Saya briskwalk dekat sana dalam sejam lebih. Pekerja tu saya nampak dia mengutip sejak saya start briskwalk dekat starting point sampai habis 1 loop, siap naik bukit lagi.
“Sampailah kitorang turun nak pergi ke parking lot, pekerja tu still tak habis kutip lagi. Sebab confetti tu macam melekat dekat atas simen,” katanya.
Tambah Qalisha, dia memahami bahawa pekerja berkenaan dipertanggungjawabkan untuk membersihkan kawasan itu namun ia bukan menjadi alasan orang ramai untuk bertindak sedemikian.
“Faham je dia memang dibayar untuk bersihkan tempat ni tapi perlu ke sampai tahap buang sampah merata?” tulisnya lagi.
View on Threads
Ramai Kecam Tindakan Pengunjung Tak Kemas Sisa Sampah Di Taman Awam
Perkongsian yang telah mendapat lebih 379,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mempersoal sikap segelintir pengunjung yang tidak mengutip dan mengemas semula sisa sampah berkenaan.
Pada masa sama, ada yang menzahirkan kerisauan sekiranya sikap sebegitu menjadi punca taman berkenaan ditutup khususnya kepada mereka yang mahu merakam gambar kenangan di hari istimewa seperti hari konvokesyen atau hari perkahwinan.
Malah, ada yang turut menzahirkan rasa simpati dengan pekerja pembersihan tersebut kerana terpaksa mengambil masa lama hanya untuk mengutip sisa berkenaan.
Pengunjung Perlu Patuhi Syarat Fotografi Di Taman Awam Putrajaya
Tahukah anda, aktiviti fotografi di taman-taman awam Putrajaya adalah dibenarkan dan percuma selagi fotografi terbabit bukan bertujuan komersial, pengiklanan, promosi atau jualan.
Namun bagi memastikan keselesaan pengunjung serta memelihara keindahan taman-taman awam terbabit, orang ramai yang mahu membuat fotografi tidak berbayar perlu mematuhi syarat seperti:
- Membawa satu unit kamera sahaja
- Penggunaan peralatan tambahan fotografi seperti lensa tambahan, gimbal, reflector, lampu studio, lampu LED, mikrofon dan peralatan seumpamanya tidak dibenarkan
- Penggunaan sebarang perkakas, prop atau dekorasi latar belakang tidak dibenarkan.
- Pertukaran pakaian atau persalinan semasa sesi fotografi adalah tidak dibenarkan.
Jelas Perbadanan Putrajaya dalam satu hantaran di Facebook, sebarang aktiviti fotografi yang tidak mematuhi syarat di atas dikategorikan sebagai fotografi komersial dan perlu membuat bayaran RM100 sejam.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Jangan Sebab Orang Lain Punya Pasal, Perbadanan Dah Tak Bagi Ambil Gambar Konvo, Pre Wedding Dekat Sini, Hari Tu Dengar-Dengar Perbadanan Dah Tak Nak Kasi Ambil Gambar Dekat Sini”
![Image from: Pekerja Pembersihan Terpaksa Bertungkus Lumus Bersihkan Sisa Props Penggambaran Di Taman Awam Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/ambil-gambar-di-putrajaya_1.jpg)
“Dia Dibayar Untuk Bersihkan Sampah Atau Daun Yang Memang Disitu Untuk Kekemasan Kawasan, Bukan Untuk Bersihkan Sampah Yang Dibuat Pengunjung”
![Image from: Pekerja Pembersihan Terpaksa Bertungkus Lumus Bersihkan Sisa Props Penggambaran Di Taman Awam Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/ambil-gambar-di-putrajaya_2.jpg)
“Kalau Ikutkan, Brader Ni Sapu Daun-Daun Kering, Ranting-Ranting, Pasir Sebab Situkan Taman, Tetapi Disebabkan Segelintir Geng Terpaling Convo, Benda Ini Dah Jadi Isu”
![Image from: Pekerja Pembersihan Terpaksa Bertungkus Lumus Bersihkan Sisa Props Penggambaran Di Taman Awam Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/ambil-gambar-di-putrajaya_3.jpg)
“Ada Orang Complained Guard Sini Tegas Tapi Kita Faham Je Sebab Memang Ramai Perangai Tak Semenggah Macam Ni”
![Image from: Pekerja Pembersihan Terpaksa Bertungkus Lumus Bersihkan Sisa Props Penggambaran Di Taman Awam Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/ambil-gambar-di-putrajaya_4.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Dataran Merdeka Dicemari Sampah Selepas Aksi Final Piala Dunia FIFA 2026, Ini Respon DBKL [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Je Tong Sampah Dekat Tepi..” – Netizen Bengang Kaki Rokok Buang Puntung Merata
