
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Tidak dinafikan, ada sesetengah individu yang melakukan sesuatu pekerjaan kerana minat mendalam, namun kebanyakan orang bekerja kerana mahu mencari wang bagi menampung kehidupan diri dan keluarga.
Malah, ada yang sanggup kerja lebih masa (OT) demi meraih pendapatan yang lebih kerana gaji sekadar cukup-cukup makan.
Bagaimanapun, tidak dinafikan ada segelintir majikan enggan membayar OT kepada pekerja, sebaliknya diganti dengan hari cuti ganti sahaja.
Majikan wajib bayar OT pekerja, tak boleh ganti dengan cuti
Susulan itu, seorang Penasihat Undang-Undang Pengurusan Majikan dan Pekerja Malaysia yang dikenali sebagai Amierul Ramadha tampil berkongsi mengenai perkara itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Amierul berkata, majikan tidak boleh menggantikan kerja lebih masa jika pekerja melakukan OT dengan cuti ganti.
Menurutnya, majikan sebaliknya wajib membayar pekerja dan sekiranya tidak dilakukan maka ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 60A.
Majikan tak bayar OT boleh didenda tidak melebihi RM10,000
Menurutnya, sekiranya majikan gagal membayarnya, maka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.
“Jadi dekat sini, majikan wajib bayar OT pekerja,” katanya ketika berada di Mahkamah Klang, Selangor baru-baru ini.
@amierulramadha Ada ke boss ganti OT dengan cuti? #amierulramadha #aktakerja1955 #hakpekerjamalaysia #fypシ゚ #majikan ♬ original sound – amierulramadha
Majikan boleh beri time off jika pekerja setuju
Pun begitu, memetik laman web MySyarikat, majikan boleh memberikan ‘time off’ sebagai ganti OT dengan syarat ia mesti dilakukan berdasarkan persetujuan di dalam kontrak kerja di antara pekerja dan majikan.
Time off ini merujuk kepada masa cuti tambahan berbayar sebagai ganti yang layak pekerja terima selepas melakukan kerja lebih masa daripada tempoh waktu bekerja normal yang ditetapkan.
Dalam kebanyakan kes, time off ini diberikan kepada pekerja sekiranya melakukan tugasan luar waktu kerja dan tidak melibatkan hal-hal kerja. Contohnya membantu menghias pejabat atau menyediakan pejabat untuk urusan rasmi syarikat.
Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Gaji RM1,700 Kerja 12 Jam Tapi OT Tak Dibayar, JTK Panggil Majikan [Video]



