Pekerja Stesen Minyak Dihukum Penjara Guna Nombor IC Orang Lain ‘Rembat’ BUDI MADANI Diesel

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 5:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kelicikan seorang pekerja stesen minyak menjana duit haram akhirnya memakan diri apabila helahnya terbongkar.

Niat mahu untung atas angin kini dibalas hukuman berat selepas kes penyalahgunaan nombor kad pengenalan orang lain dibawa ke muka pengadilan.

Pekerja stesen minyak dihukum penjara, sebat

gari
Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan berita daripada Malaysia Gazette, Mahkamah Majistret Lahad Datu telah mengenakan hukuman lapan bulan penjara serta empat sebatan terhadap suspek selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan nombor kad pengenalan orang lain bagi mengaut subsidi BUDI MADANI Diesel.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata tertuduh ditahan bersama-sama dua rakan sekerjanya.

Namun, dua rakan sekerjanya dijadikan saksi pendakwaan.

Taktik curi nombor kad pengenalan terbongkar

Sikap tamak suspek mula dikesan apabila salah seorang pemegang kuota sah menyedari haknya telah digunakan tanpa pengetahuan.

budi

Beliau yang rasa teraniaya terus mengambil tindakan melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Polis menerima aduan daripada seorang mangsa yang mendapati kuota subsidi BUDI MADANI Diesel miliknya digunakan sebanyak empat kali melibatkan 43.01 liter tanpa pengetahuannya.

Siasatan polis mendapati modus operandi suspek adalah apabila pelanggan datang mengisi bahan api menggunakan MyKad untuk bantuan subsidi, suspek akan mencatat nombor MyKad pelanggan.

Bukan sekadar mencuri maklumat, suspek turut menyalahgunakan akses khas di tempat kerjanya.

Suspek kemudian menggunakan kata laluan penyelia untuk memasukkan nombor MyKad berkenaan tanpa kad fizikal ke dalam mesin sistem BUDI MADANI Diesel.

Dia memasukkan nombor MyKad yang dicuri terus ke dalam sistem tanpa memerlukan kad fizikal, lalu menjual subsidi tersebut kepada pihak yang tidak sepatutnya.

The post Pekerja Stesen Minyak Dihukum Penjara Guna Nombor IC Orang Lain ‘Rembat’ BUDI MADANI Diesel appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved