Pekerja stor mengaku salah rakam video rakan sekerja wanita 'lepas hajat'

LocalPolitics
24 Dec 2024 • 5:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pekerja stor sebuah kedai serbaneka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa, kerana mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video rakan sekerjanya itu yang sedang ‘melepas hajat’, empat hari lepas. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja stor sebuah kedai serbaneka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Selasa, kerana mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video rakan sekerjanya itu yang sedang ‘melepas hajat’, empat hari lepas.

Lelaki berusia 19 tahun itu didakwa merakam video rakan sekerjanya yang juga merupakan seorang juruwang, di dalam tandas di premis itu di Jalan Ampang Hilir, Hulu Langat di sini pada 8.23 malam, 20 Disember.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan menanggung keluarga.

Majistret Amalina Basirah Md Top membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah juga menetapkan 5 Februari 2025 untuk sebutan bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh yang merupakan pesalah muda sebelum menjatuhkan hukuman. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved