Wan Chai selamat bernikah, pilih wanita Sarawak sebagai isteri

LocalEntertainment
23 Dec 2024 • 11:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wan Chai selamat bernikah

Pempengaruh media sosial, Wan Chai selamat bernikah bersama pasangan pilihan hatinya, seorang wanita yang berasal dari Bintulu, Sarawak.

Menerusi satu hantaran di TikTok, syarifahkeyla yang merupakan salah seorang daripada rakan pempengaruh itu telah memuat naik video memaparkan Wan Chai sebelum melafaz akad nikah.

Wan Chai selamat bernikah dengan wanita pilihan hati

@syarifahkeyla

Selamat pengantin baru wan chai , semoga bkekalan hingga ke jannah lovebird hadir bersama kanak2 riang #rwyfb #fyfffffffffffffffffffffffffffffffff #fyp

♬ original sound - officialnohsalleh - officialnohsalleh

Pada video itu juga, rakan-rakan pempengaruh yang lain dalam RB Gang seperti Ryan Bakery yang menjadi saksi dan isterinya Elyia Ibrahim, adiknya, Adam Bakery, Farihin dan Black.

“Selamat pengantin baru Wan Chai, semoga berkekalan hingga ke jannah,” tulis syarifahkeyla pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya yang mengikuti pempengaruh itu mengucapkan tahniah atas perkahwinannya.

Selamat menempuh hidup baharu

image is not available

Wan Chai selamat bernikah, tahniah…..

image is not available

Sederhana lebih indah, semoga berkekalan

image is not available

Sekadar info, Wan Chai atau nama sebenarnya Mohd Azwan Azlan merupakan salah seorang daripada pempengaruh yang seringkali hadir di dalam video Ryan Bakery.

Wan Chai seringkali muncul sebagai rakan kepada Aisyah, watak yang dipegang Ryan Bakery atau pelajar lelaki yang selalu menganggu watak yang sama.

image is not available

Menerusi tinjauan, kesemua rakan-rakan pempengaruhnya yang seringkali terlibat dalam video Ryan Bakery turut menyediak video memaparkan pernikahan pempengaruh asal Sabah itu.

Sumber: TikTok syarifahkeyla