Pekerja Windsurf Diberi Pilihan Ambil Pakej Berhenti Kerja Atau Bekerja 80 Jam Seminggu

TechnologyBusiness & Finance
6 Aug 2025 • 12:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan Julai merupakan satu bulan yang huru-hara untuk semua yang terlibat dengan syarikat pembangun teknologi perisian pengaturcaraan AI Windsurf. Google bukan sahaja telah melesenkan penggunaan teknologi tersebut untuk pembangunan mereka sendiri, tetapi telah mengambil CEO syarikat tersebut, Varun Mohan untuk menyertai pasukan mereka.

Tidak lama selepas itu, Cognition, sebuah lagi syarikat pembangun teknologi pengaturcaraan AI telah membeli Windsurf untuk jumlah yang tidak diumumkan, tetapi secara ringkasnya, mereka kini bukan sahaja memiliki kesemua teknologi yang dibangunkan Windsurf, pekerja-pekerja yang tidak diambil oleh Google dan juga pelanggan-pelanggan Windsurf sedia ada.

image is not available

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Cognition telah menawarkan para pekerja Windsurf pakej berhenti kerja dengan gaji sembilan bulan, ataupun kekal bersama Cognition, tetapi akan dipaksa untuk bekerja 80 jam setiap minggu yang bersamaan 13 jam setiap hari untuk enam hari setiap minggu.

Lebih menarik lagi, Scott Wu, CEO Windsurf yang telah secara sendiri menghantar notis kepada para pekerja Windsurf berkenaan pakej pemberhentian kerja tersebut dan mengatakan bahawa beliau tidak percaya dengan konsep “work-life balance“, dan jika para pekerja Windsurf masih mahu terus berada di Cognition, itulah apa yang mereka perlu hadapi. Mereka diberi masa sehingga 10 Ogos 2025 untuk menerima pakej berhenti kerja tersebut, atau menandatangani kontrak kerja baru.