Pekin Ibrahim Terima Petua Pelik Untuk Dapatkan Zuriat - “Bila Bersama Kena Buka…”

7 Sep 2023 • 8:52 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sepanjang empat tahun berkahwin sebelum dikurniakan zuriat, pelakon Pekin Ibrahim mendedahkan dia banyak menerima petua-petua yang aneh untuk mendapatkan cahaya mata.

 

Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, antara salah satu petua adalah membuka sedikit tingkap ketika bersama isteri.

 

Meskipun petua tersebut aneh, namun Pekin tetap melakukannya sebagai salah satu cara dia dan isterinya iaitu aktres Mona Allen ikhtiar untuk mendapatkan anak.

 

“Macam-macam saya dapat petua… salah satu petua, bila bersama kena buka tingkap sikit. Terfikir juga apa kaitan dengan benda itu. Tapi saya cuba juga buka sikit tingkap.

 

“Memang ada petua tu, saya dapat daripada orang tua. Buka tingkap sikit dan mengadap kiblat… semua ada, pelik-pelik. Tapi saya buat saja, kiranya macam ikhtiar juga,” kata Pekin kepada Gempak.

 

Pekin ditemui ketika majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya bertajuk Gemencheh Boys yang diadakan di TGV Cinema, Pavilion Bukit Jalil pada Rabu.

 

Untuk rekod, Pekin mendirikan rumah tangga dengan aktres Mona Allen pada 7 Disember 2018 dan pasangan itu akhirnya dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu.

 

 


image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved