Pelaburan asing beri impak positif kepada rakyat

LocalBusiness & Finance
26 Apr 2025 • 8:33 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Crystal E Hermenegildus

PELABURAN asing di Sabah bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, tetapi juga mewujudkan peluang perniagaan kepada pembekal tempatan di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Phoong Jin Zhe.

Beliau berkata, pelaburan oleh SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd bukan sahaja menjanjikan peningkatan peluang pekerjaan, tetapi juga mengaktifkan pembabitan lebih 600 penduduk tempatan yang kini berkhidmat sebagai pembekal serta kontraktor atau subkontraktor di kilang berkenaan.

“Ini adalah bukti jelas bagaimana pelaburan asing boleh memberi impak secara langsung kepada rakyat negeri ini, bukan sahaja melalui peluang pekerjaan tetapi juga melalui rantaian ekonomi yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata kejayaan besar ini dicapai dalam tempoh dua tahun saja sejak kilang itu mula beroperasi.

Phoong berkata, sekiranya barisan pengeluaran ketiga direalisasikan, nilai keseluruhan pelaburan akan melebihi RM3 bilion. “Ini bukan sekadar angka, tetapi satu peluang dan masa depan yang cerah bagi rakyat Sabah.”

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali pula menyifatkan kejayaan pelaburan asing seperti Kibing sebagai bukti kukuh keupayaan Sabah untuk membangun secara inklusif, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Apabila kita bercakap tentang kos sara hidup, kita tidak boleh hanya melihat kepada harga barang semata-mata. Apa yang penting ialah penjanaan pendapatan dan pewujudan peluang pekerjaan,” katanya, menambah setiap peluang pekerjaan yang diwujudkan menyumbang kepada pendapatan isi rumah rakyat Sabah.