
KOTA BELUD: Hanya dengan menyimpan wang simpanan KWSP ke BSN sepuluh tahun lalu, seorang peladang dari Kg Lasau Minunsud, Johni Satur telah menjadi jutawan pada Cabutan Jutawan BSN SSP RM Sejuta bulan April lalu.
Johni yang ditemui wartawan sempena kunjungan media dan BSN di rumahnya pada Khamis berkata, mulanya dia agak ragu dan menganggap panggilan yang diterimanya minggu lepas itu adalah panggilan scammer.
“Apatah lagi ketika kawan mennasihati saya agar jangan mengangkat panggilan itu, perasaan cemas saya juga semakin menjadi-jadi, maklumlah sekarang terlalu banyak penipuan dalam talian,” ujarnya tertawa.
Namun tambah Johni, apabila mengetahui perkara sebenar dari sepupunya dan setelah merujuk perkara itu ke cawangan BSN Kota Belud, jantungnya berdegup lebih kencang kerana dia tidak pernah menjangkakan perkara itu sebelum ini.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Hampir memakan masa beberapa hari juga, baru saya ketahui perkara tersebut. Tambahan lagi di kawasan ini bekalan elektrik sentiasa terganggu, dan menyebabkan talian telefon turut terjejas. Saya agak terlambat mengetahui berita ini,” jelasnya.
Johni yang sebelum ini bekerja di sebuah bengkel, mengambil keputusan untuk bersara dalam usia 50 tahun, dan memilih kerjaya sebagai peladang sepenuh masa dengan menanam getah di atas tanahnya seluas enam ekar di Lasau Minunsud.
Menurutnya, meskipun tanah yang diusahakannya itu agak luas, tetapi dia hanya memperoleh purata pendapatan sebanyak RM500 setiap bulan dari hasil jualan daripada ladangnya, berikutan cuaca yang tidak menentu.
Ketika ditanya tentang perancangannya dengan wang yang baru dimenanginya, selain daripada menyiapkan pembinaan rumahnya, Johni menjelaskan bahawa dia mahu memanfaatkan wang tersebut untuk kejayaan pendidikan anak-anaknya.
“Saya masih ada anak yang bersekolah, iaitu seorang dalam Tingkatan 6 Atas (Pra-U) dan seorang lagi dalam Tahun 1 di SK Lasau Podi. Dua orang lagi telah bekerja di Semenanjung dan seorang adalah graduan dari UITM Sepanggar,” jelas Johni.
Sementara itu, isterinya Lusina Gitong berkata, setelah pihak BSN Kota Belud menghubungi anaknya, Romexh Johni tentang perkara itu, mereka terus datang ke cawangan BSN Kota Belud.
“Saya amat gembira dengan perkhabaran yang dibawa oleh Romexh itu. Kemudian kami ke cawangan BSN untuk memastikan kebenarannya, pada waktu itu saya berasa seperti bermimpi. Tapi kami seluarga amat bersyukur,” jelasnya.
Yang turut hadir dalam kunjungan media itu ialah kakitangan BSN yang diketuai oleh Ketua Komunikasi Strategik BSN, Aizurra Mellisa Muzammil.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

