Kes buli Zara Qairina: Peguam Negara sahkan lima remaja dituduh Rabu ini

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 10:50 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, mengesahkan lima remaja di bawah umur akan dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu pada Rabu ini.

Mereka akan didakwa berhubung kes buli yang dikaitkan dengan pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“Seramai lima orang yang akan dituduh dan mereka berusia di bawah 18 tahun,” katanya ketika dihubungi media.

Baca juga:

AGC: Inkues kematian tetap berjalan

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan keputusan mendakwa dibuat selepas pihaknya meneliti kertas siasatan yang diserahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Berdasarkan bukti yang ada, pertuduhan akan diteruskan.

Namun AGC menegaskan, pendakwaan itu tidak menutup siasatan berhubung kematian Zara Qairina. Prosiding inkues tetap akan dijalankan di mahkamah bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Siasatan polis libatkan ratusan saksi

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mendedahkan polis telah merakam keterangan daripada 195 individu dalam siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, siasatan tersebut memberi fokus kepada tiga elemen utama iaitu buli, pengabaian serta gangguan seksual sebelum kertas siasatan lengkap diserahkan kepada AGC untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro