Pelajar 15 tahun maut, dua penunggang motosikal cedera

1 Nov 2026 • 4:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar 15 tahun maut, dua penunggang motosikal cedera

KAJANG – Seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 301.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi ketika sebuah motosikal jenis SYM dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua yang sedang bergerak lurus.

“Akibat perlanggaran tersebut, motosikal berkenaan terjatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar dua motosikal lain yang datang dari arah belakang di lorong sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penunggang motosikal SYM yang merupakan pelajar sekolah berusia 15 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian.

“Dua lagi penunggang motosikal masing-masing berusia 22 dan 20 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di wad kecemasan Hospital Serdang dalam keadaan stabil,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd. Suod menerusi talian 017-381 8422. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar 15 tahun maut, dua penunggang motosikal cedera appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved