Pelajar maut kemalangan di Lebuhraya KL-Seremban

1 Nov 2026 • 5:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar maut kemalangan di Lebuhraya KL-Seremban
Keadaan di lokasi kemalangan di Kilometer 301.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dekat Kajang pada Ahad.

KAJANG - Seorang pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 301.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua yang bergerak lurus.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar dua lagi motosikal yang datang dari arah belakang di lorong sama.

"Dua lagi penunggang berusia 22 dan 20 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di wad kecemasan Hospital Serdang, keadaan kedua-dua mereka dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Naazron berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod menerusi talian 017-381 8422," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved