Pelajar asnaf terima komputer riba, bantu perkasa pendidikan digital

LocalTechnology
2 Sep 2026 • 12:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar asnaf terima komputer riba, bantu perkasa pendidikan digital

PUTRAJAYA- Pintas Utama Sdn. Bhd. meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat apabila menyalurkan sumbangan komputer riba bernilai hampir RM200,000 kepada pelajar daripada keluarga memerlukan bagi membantu memperkasakan pendidikan dan pembelajaran digital kumpulan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Marhalim Mohamed berkata, serahan itu sebahagian daripada usaha syarikat dalam membantu melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing, khususnya bagi memastikan pelajar mempunyai akses kepada kemudahan teknologi dan pembelajaran digital.

“Kami percaya akses kepada pendidikan terbaik ialah peluang sewajarnya diberikan kepada setiap pelajar kerana mereka mempunyai potensi besar mencorakkan masa hadapan negara.

“Dalam persekitaran pendidikan hari ini, komputer riba bukan lagi sekadar kemudahan tambahan, sebaliknya telah menjadi keperluan penting bagi membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran, melaksanakan tugasan serta meningkatkan kemahiran digital ,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen Pintas Utama dalam memastikan manfaat daripada pelaksanaan wakalah zakat dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan secara berkesan, sekali gus membantu meringankan beban keluarga dalam menyediakan kemudahan pembelajaran.

Pada masa yang sama, Pintas Utama turut terlibat dalam pelaksanaan beberapa projek infrastruktur, khususnya melibatkan kerja penyelenggaraan dan pembaikan cerun serta pembangunan sistem pembentungan.

Marhalim berkata, pembangunan sesebuah kawasan tidak seharusnya dilihat daripada aspek infrastruktur semata-mata, sebaliknya perlu bergerak seiring dengan pembangunan modal insan dan kesejahteraan masyarakat.

“Sebagai syarikat yang turut terlibat dalam pelaksanaan projek infrastruktur di Perak, kami melihat tanggungjawab kepada komuniti sebagai sebahagian daripada ekosistem pembangunan yang lebih menyeluruh.

“Infrastruktur yang baik perlu disokong oleh masyarakat yang mempunyai akses kepada pendidikan, peluang dan kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar asnaf terima komputer riba, bantu perkasa pendidikan digital appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved