KPM tambah baik 12 resolusi Kongres Prauniversiti – Fadhlina

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 5:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KPM tambah baik 12 resolusi Kongres Prauniversiti – Fadhlina

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah baik 12 resolusi utama yang dicadangkan oleh perwarkilan pelajar dalam Kongres Prauniversiti Madani Peringkat Kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kesemua resolusi yang dibentangkan dalam kongres berkenaan diterima sepenuhnya, termasuk satu resolusi yang mencadangankan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam.

Menurut beliau, antara perkara penting yang turut diketengahkan ialah peranan Tingkatan Enam dalam konteks pembinaan bangsa dan negara.

“Jadi, insya-Allah, kita akan tambah baik resolusi itu, dan kita sedang mencari jalan bagaimana kita boleh memastikan 12 resolusi itu akan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya ketika berucap pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun di Bukit Mertajam di sini, tadi.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pensyarah IPG yang disifatkan sebagai rakan sinergi KPM dalam usaha memartabatkan mutu pendidikan negara.

Katanya, pensyarah IPG memainkan peranan penting dalam memastikan pedagogi guru baharu dapat disesuaikan dengan pelaksanaan kurikulum baharu.

“Semua pensyarah-pensyarah ini terlibat khususnya dalam memastikan pedagogi guru-guru baharu kita, khususnya untuk menemani kurikulum baru.

“IPG juga telahpun menjadi sebahagian daripada diangkat sebagai latihan ataupun sekolah latihan untuk memberikan sebahagian kepakaran mereka kepada sekolah-sekolah yang berdekatan dengan kampus.

“Kita turut menghargai kerja keras IPG dan Bahagian Pembangunan Guru kerana pengisian guru di Malaysia ketika ini telah mencapai 98 peratus,” ujar.

Tambah beliau, aspek pengisian guru merupakan perkara kritikal yang perlu terus diberikan keutamaan dalam membuat unjuran keperluan profesion keguruan. -KOSMO! ONLINE

The post KPM tambah baik 12 resolusi Kongres Prauniversiti – Fadhlina appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved