Pelajar B40 lepasan SPM 2025 boleh mohon dermasiswa JPA sambung IPT

5 Aug 2026 • 11:38 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar B40 lepasan SPM 2025 boleh mohon dermasiswa JPA sambung IPT

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini membuka permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 daripada keluarga B40 yang berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di institusi pengajian tinggi dalam negara.

Menurut JPA, Program DB40 itu merupakan inisiatif kerajaan bagi memperluas akses kepada pendidikan tinggi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah melalui tajaan berbentuk dermasiswa.

Katanya, menerusi program ini, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian diploma di Universiti Awam (UA), Politeknik, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Mara dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih dalam bidang-bidang strategik yang menyokong pembangunan modal insan negara.

“Bidang pengajian yang layak dipohon adalah seperti Kejuruteraan dan Teknologi; TVET; Sains Sosial dan Sastera; Sains; serta Seni Bina.

“Permohonan dibuka mulai 3 Ogos lalu hingga 16 Ogos 2026 depan setakat pukul 5.00 petang menerusi Portal Penajaan JPA di https://penajaan.jpa.gov.my,” katanya.

JPA berkata, pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti Warganegara Malaysia; menduduki peperiksaan SPM Tahun 2025 buat kali pertama; berumur di bawah 19 tahun atau di bawah 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan diduduki.

“Selain itu, pemohon perlu memenuhi syarat bebas daripada penyakit kronik atau penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan pengajian; dan mempunyai pendapatan per kapita keluarga dalam kategori B40, iaitu RM5,249 sebulan dan ke bawah,” katanya dalam kenyataan.

Di samping itu, ibu bapa dan/atau pemohon hendaklah tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA.

Semakan status senarai hitam boleh dibuat melalui sistem eSILA mulai 3 Ogos hingga 12 Ogos 2026.

“JPA menggalakkan semua lepasan SPM Tahun 2025 yang memenuhi syarat kelayakan agar merebut peluang ini dengan mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Program Dermasiswa B40 merupakan antara usaha berterusan JPA dalam menyokong akses kepada pendidikan tinggi bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing,” katanya. – UTUSAN

The post Pelajar B40 lepasan SPM 2025 boleh mohon dermasiswa JPA sambung IPT appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved