JPA Buka Permohonan Program Dermasiswa B40 2026 Untuk Lepasan SPM 2025

5 Aug 2026 • 10:58 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JPA Buka Permohonan Program Dermasiswa B40 2026 Untuk Lepasan SPM 2025

JPA Buka Permohonan Program Dermasiswa B40 2026 Untuk Lepasan SPM 2025

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga berpendapatan rendah kini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma apabila permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 dibuka mulai hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, program berkenaan merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu pelajar daripada keluarga B40 meneruskan pengajian tinggi melalui tajaan berbentuk dermasiswa.

Menurut JPA, program itu menawarkan peluang kepada pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian diploma di Universiti Awam (UA), politeknik, TVET MARA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

“Program Dermasiswa B40 (DB40) adalah inisiatif kerajaan bagi memperluas akses kepada pendidikan tinggi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah melalui tajaan berbentuk dermasiswa.

“Menerusi program ini, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian diploma di Universiti Awam (UA), politeknik, TVET MARA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih dalam bidang-bidang strategik yang menyokong pembangunan modal insan negara,” katanya.

JPA berkata, antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains Sosial dan Sastera, Sains serta Seni Bina.

Baca juga:

Menurutnya, permohonan dibuka sehingga 16 Ogos 2026, pukul 5 petang dan boleh dibuat secara dalam talian menerusi Portal Penajaan JPA.

Bagi melayakkan diri, pemohon mestilah warganegara Malaysia, menduduki peperiksaan SPM 2025 buat kali pertama serta berusia di bawah 19 tahun atau di bawah 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan diduduki.

Selain itu, pemohon perlu bebas daripada penyakit kronik atau penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan pengajian serta mempunyai pendapatan per kapita keluarga dalam kategori B40, iaitu RM5,249 sebulan dan ke bawah.

JPA turut memaklumkan ibu bapa dan pemohon tidak boleh disenarai hitam oleh pihaknya atau sedang berdepan tindakan undang-undang JPA.

“Semakan status senarai hitam boleh dibuat melalui sistem eSILA mulai 3 Ogos hingga 12 Ogos 2026,” ujarnya.

Dalam pada itu, JPA menggalakkan semua lepasan SPM 2025 yang memenuhi syarat kelayakan supaya merebut peluang berkenaan dengan mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Program Dermasiswa B40 antara usaha berterusan JPA dalam menyokong akses kepada pendidikan tinggi bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dikemukakan menerusi talian 03-8000 8000 atau e-mel dermasiswa2026@jpa.gov.my pada waktu operasi hari bekerja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved