Pelajar bekerja sambilan maut ditimpa bahan binaan

LocalPolitics
8 Nov 2024 • 1:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

image is not available
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Seorang pelajar berusia 17 tahun maut selepas ditimpa bahan binaan di sebuah lot kedai di pusat beli-belah di sini pada Rabu lepas.

Menurut kenyataan Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa yang bekerja sambilan sedang mengangkat bahan-bahan binaan untuk dipindahkan ke lot kedai yang sedang diubah suai menggunakan troli.

Bagaimanapun, kerangka troli yang diubah suai itu patah menyebabkan bahan binaan jatuh menghempap mangsa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Pihak JKKP telah hadir ke pusat beli-belah terbabit semalam untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Notis Larangan (NOP) dikeluarkan kepada kontraktor terlibat disebabkan kegagalan menyediakan kaedah selamat bagi kerja-kerja memunggah dan memindah barangan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan maut," menurut kenyataan itu.

**media[2879720]**

"JKKP memandang serius setiap kemalangan di tempat kerja sama ada melibatkan orang awam atau pekerja. Majikan dan pekerja bertanggungjawab mengenal pasti dan membuat penilaian risiko terhadap bahaya di tempat kerja.

"Langkah kawalan risiko berkesan perlu diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kesihatan terhadap pekerja sekiranya berlaku kejadian tidak diingini," menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved