Pelajar Cemerlang SPM, Dituduh Rogol Budak 12 Tahun

21 Aug 2023 • 9:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

2 daripada 3 pelajar cemerlang SPM didakwa merogol budak berusia 12 tahun

Pelajar Cemerlang SPM, Dituduh Rogol Budak 12 Tahun. Tiga termasuk dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan merogol seorang kenalan bawah umur pada Julai dan minggu lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

image is not available
Ketiga-tiga tertuduh. Sumber: cari

2 orang merogol di kebun sawit, manakala seorang lagi merogol di sebuah rumah di Batu Pahat

Menurut laporan, tertuduh bernama Ammar dan Anaqi didakwa merogol kenalan perempuan berusia 12 tahun secara berkumpulan dalam kebun sawit di Sri Gading, Batu Pahat pada jam 11.30 malam.

Manakala, seorang lagi tertuduh bernama Daneil didakwa merogol mangsa yang sama di sebuah rumah, Batu Pahat. Dipercayai kejadian berlaku pada jam 8.30 malam, pertengahan bulan lalu.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: utusantv

Diminta untuk melaporkan diri di balai polis berdekatan

Mahkamah menetapkan kesemua tertuduh melaporkan diri ke balai polis berdekatan dan tidak mengganggu atau menghubungi mangsa serta keluarganya.

Sekiranya mereka tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, mahkamah memutuskan bahawa jaminan dikenakan terhadap ketiga-tiga tertuduh akan ditarik balik.

Baca juga artikel yang berkaitan: