Pelajar Dari Sandakan Kongsi Terlepas Flight Gara-Gara Tersalah Lihat Masa Penerbangan

17 Apr 2024 • 3:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hangus tiket harga RM500 lebih

Pelajar Dari Sandakan Kongsi Terlepas Flight Gara-Gara Tersalah Lihat Masa Penerbangan. Seorang pelajar dari Sandakan terpaksa melupakan hasratnya untuk pulang ke Semenanjung gara-gara terlepas penerbangannya. Kisah itu dikongsikan oleh abangnya menerusi sebuah posting di Facebook mendedahkan adiknya terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran gara-gara terlepas ‘flight’.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mohd Hisham di laman Facebooknya, kejadian tersebut berlaku disebabkan kesilapannya melihat masa yang tertera di ‘boarding pass’ miliknya.

image is not available
Pelajar Dari Sandakan Kongsi Terlepas Flight Gara-Gara Tersalah Lihat Masa Penerbangan. Sumber: Facebook

Dia menyangka penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur itu pada jam 1.15 tengahari memandangkan tiket pas masuk tersebut tidak menyatakan siang atau malam.

Bagaimanapun, sangkaannya itu meleset dan terpaksa menanggung kerugian lebih RM500.

“Ramai orang Sandakan tertinggal flight ke semenanjung. Baru perasan ada juga Air Asia buat penerbangan 1.15 pagi Sandakan ke Kuala Lumpur.

“Aku ingatkan adikku jak tertinggal flight rupanya ramai. Dalam boarding pass juga tidak di mention “am” atau “pm”. Hanya dia mention 1.15 tidak semua orang boleh tahu kiraan jam begitu pagi or petang. Auto burn tiket berharga RM 5++,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: