
Bapa kepada pelajar yang dituduh memijak al-Quran, K. Selvanathan, mendakwa tidak mengetahui bahawa anaknya dikatakan telah memeluk Islam pada 25 April tahun lalu.
Peguam kepada pelajar terbabit, Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman berkata, bapa tertuduh tidak bersedia untuk menjawab tentang dakwaan berkenaan.
“Kalau tanya dia, dia akan jawab ‘no komen’. Bapa dia pun tidak tahu tentang (dakwaan) anaknya peluk Islam,” katanya.
Sebelum ini, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, melalui hantaran di Facebook mendedahkan pelajar terbabit pernah menghubunginya melalui Instagram, menyatakan kesungguhan untuk dibimbing memeluk Islam, serta bersopan santun dan lembut tutur kata, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai punca tindakan kontroversinya.
Baca juga:
Sivakumar nasihat semua pihak jangan politikkan kes hina Al-Quran
Polis siasat kes penipuan tanah RM1.5 juta libatkan pelakon wanita dan suami
‘Apabila al-Quran dipijak, diam bukan satu pilihan’ – Sultan Pahang
Vikneswaran sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai apabila memuat naik gambar memijak Al-Quran dan hantaran menghina Nabi Muhammad di media sosial. Bapa pelajar kemudian membawa anaknya ke balai polis untuk membuat permohonan maaf dan pihak berkuasa menahan pelajar berkenaan untuk tindakan lanjut.
Di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Selasa, pelajar berkenaan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan: memijak naskhah al-Quran dan memuat naik gambar perbuatan tersebut di media sosial, sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.
Sumber: Utusan
The post Pelajar didakwa pijak Al-Quran: Bapa tidak tahu anak peluk Islam appeared first on The Reporter.
